Monday, October 10, 2011

Hari-hari disunatkan berpuasa



Puasa yang diajar oleh Baginda Rasulullah adalah MENINGGALKAN makan dan minum, supaya kita dapat merasai penderitaan saudara kita yang kelaparan. Puasa beginilah yang membawa keinsafan dan menambah kesihatan.

Namun apa yang kita praktis adalah MENANGGUH makan dan minum ke malam hari, lalu pada malam hari makan dan minum 'lunch'+'dinner' sampai pecah perut, lalu merasa hairan kenapa bertambah penyakit.

Hari-hari yang disunatkan berpuasa:

1. Enam hari di bulan Syawal
2. Hari-hari awal Zulhijjah (hari pertama hingga sembilan)
3. Hari ‘Arafah.
4. Hari ‘Asyura dengan sehari sebelum atau selepasnya
5. Tiga hari setiap bulan Islam (13, 14 dan 15 haribulan hijriah. Dinamakan hari putih)
6. Isnin dan Khamis.
7. Puasa Nabi Daud a.s. iaitu selang sehari.

Friday, September 16, 2011

Doa Bayar Hutang

Assalamualaikum

Doa untuk melangsaikan hutang oleh Ustaz Abdul Basit Abdul Rahman:

Teks doa:




Semoga bermanfaat :)

Thursday, September 15, 2011

Dugaan


"Apakah kamu kira bahwa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu ujian sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam dugaan) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya: "Bilakah akan datangnya pertolongan Allah?" Ketahuilah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat."  Al-Baqarah: 214.

Tuesday, September 13, 2011

Berkata yang baik-baik

Daripada Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, bahawa Rasulullah shallallahu ‘alayhi wa sallam telah bersabda: “Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah dia itu berkata yang baik-baik atau diam sahaja. Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat maka hendaklah dia itu memuliakan jirannya. Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah dia itu memuliakan tetamunya” (Hadith riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Kalau dalam konteks dunia siber pada era blog dan facebook, taip yang baik-baik, atau jangan taip apa-apa. Boleh?

Doa di kala sesedihan

Berikut adalah doa-doa yang dianjurkan dibaca tatkala berasa sedih
 ---------------
1.  Hadis riwayat Imam Ahmad:

 اَللَّهُمَّ إِنِّيْ عَبْدُكَ، ابْنُ عَبْدِكَ، ابْنُ أَمَتِكَ، نَاصِيَتِيْ بِيَدِكَ، مَاضٍ فِيَّ حُكْمُكَ، عَدْلٌ فِيَّ قَضَاؤُكَ، أَسْأَلُكَ بِكُلِّ اسْمٍ هُوَ لَكَ، سَمَّيْتَ بِهِ نَفْسَكَ، أَوْ أَنْزَلْتَهُ فِيْ كِتَابِكَ، أَوْ عَلَّمْتَهُ أَحَدًا مِنْ خَلْقِكَ، أَوِ اسْتَأْثَرْتَ بِهِ فِيْ عِلْمِ الْغَيْبِ عِنْدَكَ، أَنْ تَجْعَلَ الْقُرْآنَ رَبِيْعَ قَلْبِيْ، وَنُوْرَ صَدْرِيْ، وَجَلاَءَ حُزْنِيْ، وَذَهَابَ هَمِّيْ.

"Ya Allah! Sesungguhnya aku adalah hambaMu, anak hamba lelakiMu, dan anak hamba perempuanMu. Ubun-ubunku di tanganMu, telah berlalu keputusanMu padaku, adalah adil qadhaMu kepadaku. Aku mohon kepadaMu dengan setiap namaMu yang telah Engkau gunakan untuk menggelar diriMu, atau nama yang Engkau turunkan dalam kitabMu, atau nama yang Engkau ajarkan kepada seseorang dari makhlukMu atau yang Engkau khususkan untuk diriMu dalam ilmu ghaib di sisiMu, Engkau jadikanlah Al-Quran sebagai musim bunga di hatiku, cahaya di dadaku, pelenyap dukaku dan penghilang kesedihanku."

Sesudah membaca doa ini, bacalah Al-Quran dengan tafsirannya.
--------------------------------

2. Hadis riwayat Al-Bukhari:

 اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْهَمِّ وَالْحُزْنِ، وَالْعَجْزِ وَالْكَسَلِ، وَالْبُخْلِ وَالْجُبْنِ، وَضَلَعِ الدَّيْنِ وَغَلَبَةِ الرِّجَالِ.
"Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari (hal yang) menyedihkan dan menyusahkan, lemah dan malas, bakhil dan penakut, lilitan hutang dan penindasan orang."
---------------------------------

Semoga bermanfaat :)

Sunday, May 15, 2011

Waktu-waktu dimaqbulkan doa :)

Assalamualaikum warahmatullah. Berikut disenaraikan waktu-waktu mustajab doa, insya Allah.

1. Ketika hujan.
2. Antara azan dan iqamah.
3. Ketika perang berkecamuk.
4. Ketika sujud dalam solat.
5. Sesudah selawat selepas tahiyat akhir sebelum salam.
6. Sepertiga terakhir malam.
7. Sesudah solat fardhu.
8. Ketika berpuasa dan saat berbuka.
9. Lailatulqadar.
10. Ketika bermusafir.
11. Pada hari 'Arafah.
12. Semasa melakukan haji dan umrah.
13. Ketika dan sesudah melakukan amal soleh.
14. Ketika menghadapi dugaan.
15. Ketika ayam berkokok (kerana waktu itu ayam melihat malaikat).
16. Sepanjang hari Jumaat.

Demikianlah 16 waktu yang disarankan berdoa. Walaubagaimanapun, masih ada waktu-waktu yang lain yang tidak tersebutkan disini.

Mohonlah bersungguh-sungguh kepada Allah segala hajat kita, semestinya dalam bahasa yang kita fahami :)

Share post ini jika suka :)

Assalamualaikum

Assalamualaikum warahmatullah :)

Ini adalah posting pertama di sini :)